Sunday, January 31, 2010

Anugerah dari Husna



Husna kasi anugerah "THE MOST WONDERFUL BLOG" then terus kena tag. Ini cara spam ni ahaha..joking only hehe.

Aku kena tulis 10 facts ttg aku or hobby, right.... Memandangkan aku dah lama tak buat kerja2 camni.. CAUTION: panjang gila memandangkan aku suka berangan... =)

  1. sejak akhir-akhir ini, aku suka stalking dengan kawan aku masa online kat fb only kalau dia online baru kami start aktiviti buang masa ini. Bukan stalking sembarangan tapi stalking yg mempunyai ciri-ciri impian bakal suami yang mustahil untuk dikahwini pun sebab orang-orang seperti mereka ini tidak berada di sini. Sungguh sejuk mata melihat cahaya iman terpancar dari riak wajah mereka. Ya, hati ku sunyi tapi aku rasa ada hikmahnya sebab otak aku serabut jadi lebih baik tak payah . Lagipun aku tau aku takkan jumpa orang2 seperti yang aku nak. aku pun kena tengok diri sendiri balik juga dan kena tengok sekeliling. =)


  2. sejak akhir-akhir ini, aku banyak berfikir benda lain selain sains. Aku teringin nak bermain alat musik. aku teringin berpuisi di Penang Little Market, aku teringin nak berpuitis semula walaupun english aku tunggang-langgang. Aku teringin menjadi seperti Dawud Wharnsby Ali atau seorang kak yg aku tengok kat website norwich, england buat sajak dengan skaf cotton melilit kepalanya. Aku mungkin bukan Zee avi atau yuna sebab suara aku tak boleh langsung layak menyanyi. Aku nak jadi busker, aku perlukan team camni!


  3. sejak dulu lagi aku tak tau bawa kereta. aku belajar naik motor tapi rasa nak demam bila bawa tepi kereta. aku harap ada keberanian belajar bawa kereta lepas Master ni. Umur dah tua baru nak belajar naik kereta hehe. Buat masa sekarang, aku happy naik bas. Bagi aku, eloklah untuk aku naik bas dari bawa kereta sebab at least masa naik bas aku boleh tidur, dengan muka terpenyek ke tingkap bas. Nasib baik tak berdengkur atau drooling. Lagipun masa dalam bas lah , satu-satunya masa aku guna untuk baca buku yang tidak related dengan sains untuk pastikan aku tidak tidur dalam bas.


  4. aku bukan seorang yg kuat atau tabah. Mungkin ya sebelum ni kerana aku lihat mak pak aku masih mampu mengerah keringat. Semangat aku tidak seutuh dulu, "iman" study aku juga tidak setebal dulu. Aku terlalu risaukan mak pak aku. Kadang-kadang aku hanya mahu berhenti. Pak aku tak larat dah tangkap ikan sama juga mak aku. Aku pun sudah tidak segila mendalami banyak ilmu seperti dulu. Dulu aku mungkin gila mengaji, semua benda nak tahu. Sekarang dalam otak, mahu habis sahaja dan kerja.


  5. aku nak simpan duit pi Mekah. First pi umrah, get used to it. Then, pi sana naik basikal dari Turki,boleh?


  6. aku nak merantau ke negara UK (sapa tak nak pi sana, angkat tangan!), masa kat UK aku tak mau duk ngan orang m'sia. Aku nak duduk ngan orang mana2 negara lain yang muslimlah ...ahaha (gelak2,sila-sila aku tak marah). Then, aku balik kampung aku kat German tengok adik ipar kat Freiburg, then mak mertua kat Munich (sila gelak cam orang gila, aku tak marah..). Then, aku nak pi Macedonia tengok ex aku ngan anak dia. Then nak pi Turki tengok abang ipar aku yang kawen ngan orang sana. Hehe..wow bestnya berangan.


  7. aku ...ehmm kering idea sat, aku ...nak my own yacht and my own clothing line..who am i kidding? hehe..aku suka fesyen bohemian ( ok..aku tak tau fesyen apa tu.) ehmm aku suka fesyen minah2 sufi yg convert sangat2 cantik dengan kain cotton, then skirt yg corak2 cam india sikit, then gelang2 then anting2..ok untuk anting2 aku kena ada lubang kat telinga. so did u get one point about me here? the crucial point?


  8. aku suka adventure. Macam kerja gila buat ngan husna tu, pi KL naik keretapi sangat2 best. aku sangat2 suka buat kerja camtu. Aku rindu time sekolah dulu boleh lontar bom busuk ammonia, lontar belon air kat kawan-kawan dan achik bas sekolah. Conteng baju sekolah bila dah final year...lah kalau tak sure mati ngan mak . Aku tak suka ada restriction selagi benda tu tidak memudaratkan sesiapa atau menyalahi undang-undang Allah .. Aku suka ada peluang untuk ekspresi diri. aku suka art dan budaya orang lain. Aku tak suka undang-undang tak masuk akal. Aku tak suka orang restrict atau kondem orang lain punya kebolehan walaupun dia baru nak asah dah kena kondem. Aku tak suka orang pandang rendah kat orang lain. Satu contoh yang senang, " Eh, dia cantik ke? aku tengok biasa je" katanya sambil mencebik. Aku cepat panas hati orang cakap camni. Satu lagi, bila orang cakap kerja seseorang itu tidak professional sebab dia tak cukup equipment. Mula aku panas hati, tapi aku diamlah..opps panjanglak. hehhe


  9. Aku sedar sekarang walaupun aku suka benda2 kemanusiaan (bosnian genocide escpecially) ini aku masih menyukai sains dan aku berharap satu hari nanti aku nak buat roadshow sains untuk kanak-kanak sekolah rendah dan menengah. aku juga harap mereka yg istimewa juga dapat sama2 bermain2 dengan sains..bukan nak ajaq depa buat bom. Kalau boleh aku mahu mendalami ilmu islam ( ilmunya banyak bukan takat yang diajar kat sekolah biasa cam kita attend dulu2) dan juga ilmu sains (ilmu kimia dan pharmacology-more to buat2 ubat anti-kanker). Selepas grad, aku nak belajar tentang sufism dan economy islam. Aku nak tau apa tu burda lebih mendalam dengan maksudnya. Aku tak islamik sebab tu bagi aku benda-benda ini penting. Orang barat cukup suka sufism dan menerusi sufism majoriti masuk Islam juga. Kat library kita kurang buku2 macam ni. Kalau kat UK banyak pulak. Aku harap banyak buku-buku ini dialih bahasa ke BM. Aku tak boleh baca buku Bhs Indonesia sebab pening. Translatelah terbitan Zaytuna Institute US ke or Bahr Press UK ke wahai DBP, kalau takmau aku leh translate kan...or aku nak baca buku Murad Hofmann gak...huhu tapi dalam German dalam BI takda kat sini ( ada satu buku tengah order but then cam dibatalkan saja huhu). Aku excited aritu tengok Quran terjemah English oleh Aisha Bewley ngan suami dia. Tapi tak pinjam hehe..kat rumah versi BM pun tak baca habis.


  10. last, at last, marina nak berhenti mengarut dan telah lari topik dari facts/hobbies jadi angan-angan. THIS IS FACT: Aku nak mencari lelaki yg memperjuangkan sesuatu dalam hidup ( no wonder aku tak jumpa till now) , seorang yg kreatif, seorang yg beriman, seorang yg mementingkan keluarga, seorang yg tidak tua, tidak amalkan poligami, seorang yg mempunyai budaya (sebab bagi aku adat itu penting.Terlalu penting), seseorang yg suka berdebat ( bukan politician or datukship ahaha), seorang yang berilmu , tidak suka cakap nonsense, tidak garang, benar2 memahami islam ( tidak seperti banyak lelaki kat luar sana ahaha), seorang yg suka adventure gak, pendek kata..aku hanya boleh bayangkan lelaki camtu saja dalam otak aku sepanjang masa dan setakat ini aku tak pernah jumpa lagi ( ok except sorang tu sajalah..huhu). Camne nak cakap ek, seorang yg nampak cam easy going but really religious ( tapi bukan tabligh hehe). Adoi tak tau nak explain. Aku boleh bayangkan saja. Doa sajalah sebab aku pun bukan bagus sangat..wait aku mention pasai jodoh dua kali dalam tag ni..hehe bear with me lah.
Ok itu sahaja..tak nak tag sapa2 sebab orang yg rajin baca blog aku dah tag aku dah.

Till then,

Marketa Irglova Glen Hanansard - If You Want Me







10 comments:

Marsita said...

wah marina.....pjg giler u punye cerita... tapi i suka sgt, selit2 plak ngan ilmiah.... i doakan angan-angan u jadi kenyataan.... Amin

nabihah said...

kalo nk bace buku g atma,byk weh buku psl culture:)

byk tol huraian ang.hehe..

bile nk dtg kl?

Siti Marina said...

kak sita: ahha saja gatai2..nak tulsi pasai hhobi dan facts pernah dah saya tulis dulu. Thanks kak amin2..:)

Biha: ya betul atma byk buku tapi aku nak buat pinjaman buku antara uni ni susah..nanti aku ada duit aku mai. aritu kerja gila sok mmg tak sempat tgk sapa2 pun. Hehe..how's ur work?

husna said...

1. rajin hang ni.. tak pa.. jamu mata.
2. aku pon sama. teringin nak buat macam2 benda. hang tau la aku kan..
3. sama kes ngan aku.
4. kuatkan semangat hang marina! aku pun sama. dah sampai tahap, boleh habes ngaji sudah.
5. tiada yang mustahil marina. pasti boleh suatu hari nanti.
6. aku pon nak pi duduk kat UK. nak belajaq speaking london. cute n sexy weh.
7. wow. bagus2. crucial point? hang nak bergaya tapi tak boleh? tak sempat?
8. bab nak buat keja gila aku sgt suka. lagi kurang perancangan, lagi best.
9. wah. bagus2.
10. at last, the facts. aku pon sama laa. ssh nak ckp nak mcmn. sng cakap,yang aku betul2 suka. skrang blm jumpa yang betul2 suka lg.


wah siap ada lagu kegemaran aku lagi...

muhammad said...

salam sejahtera ke atas kamu,

saya mohamad syahir tadi saya telah habiskan masa berharga saya selama 2 jam membaca sekali lalu hampir kesmeua penulisan kamu....dan saya suka dengan pemikiran kamu...saya juga seperti kamu berada dialiran sains (fizik nuklear) tetapi kadang2 lebih suka kepada sains sosial, saya juga mempunyai angan2 untuk menjelajah seluruh dunia dengan hanya membawa beberapa keping not dan bermain musik dijalanan untuk menjana pendapatan untuk ke destinasi seterusnya, memerhati dan memahami budaya dan adat orang...(saya jumpa blog kamu kerna hendak mencari bahan bacaa ttg munsyi abdullah)...saya berminat tentang sejarah melayu, kadang2 tidak terhad kepada melayu tetapi menyeluruh kepada kaum nusantara, sebenarnya banyk lagi hendak saya kongsi dengan kamu, tetapi disini saya merasa kan tidak seswai, boleh hubungi saya di muhammadsyaher@gmail.com..terima kasih

eL_kz said...

finally!
update gak blog ni
bagus2
teruskan usaha ang marina
jadikan blog ni sebagai medan untuk kita berkongsi pengetahuan di luar bidang yg kita belajar tu
[ape da ayat aku]
...ang mmg pemikir!! wa caya sama lu =)

Siti Marina said...

Booya!

Husna, aku sampai la ni ingat kerja gila kita buat tu. sangat2 enjoy! lepas ni tiket murah takda dah ek huhu. Happy backpacking hehe merata hang nak pi na :) Huhu nak ikut gak..


Syaher,

Thanks sudi baca blog kak. Semua pengunjung blog ni pemikir..termasuklah anda.Teruskanlah membaca bahan ilmiah sebagai hobi. Sure buku ilmiah tu cepat dikhatamkan berbanding buku sains nuklear hehe.


Su,
InsyaAllah nanti aku update buku yg aku teringin nak beli tapi takda duit hehe..Byk buku weh, u kita ada library baru sebelah library hamzah sendut 1 but tak tau bila leh masuk..buku kureng..kan semua buku agama masuk mesia kena tapis but tu lah.agak bosan..buku cerita pun bosan..wooo aku suka angela's ashes!!!

Frank Mc Court, you took my heart away with your writings. I love all the swear words you used in your writing especially

I DON'T GIVE A FIDDLING FART!

RIP.

Satu buku lagi tinggal nak baca tapi takda kat USM INDUK tapi kat IPPT kut..TEACHER MAN.

Siti Marina said...

Husna, ya aku pun tak ready nak pakai camtu sebenarnya maybe lepas grad hehe.. who knows. Nanti aku post gambaq fesyen depa.

yes, aku suka lagu ni gak!

La ni aku buat ala2 podcast, aku post lagu fav aku je. nak letak vid dari utube takleh, sebab kan kena blok .hmm..sebab buat camni nak kongsi lagu2 ngan ampa semua.. hehe

nak buat dedication lagu pun boleh camni..nanti aku upload lagu lain lak.

Syima Muslim said...

ahahha, kak, u btoi2 pi tulih gini aaa? ngeh ngeh ngeh :-)
xyah jemput pun saya dh sedia gelak dh, fun fun fun reading dear sis :-)
I'm luvin it, hihihi

Siti Marina said...

selamat datang ke dunia blog syima.:)